Latar Belakang

GM PELADANG SDN BHD adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan ladang fertigasi dan hidroponik secara komersial sehingga diberikan kelulusan Sijil Akreditasi Ladang Malaysia pada tahun 2004.

GM PELADANG SDN BHD telah mendapat persijilan sebagai Pusat Latihan Bertauliah JPK dan berstatus Ladang MyGAP.

GM PELADANG SDN BHD dikorporatkan pada 24 April 2009.

 Mendapat penarafan SME CORP 2013: SCORE TIGA ***

Kami berusaha ke arah membentuk konsep sekolah pertanian yang melakukan bisnes pertanian meggunakan empat cabang utama perniagaan iaitu pengeluaran hasil ladang, teknologi provider bagi urban agriculture, pusat latihan bertauliah dan konsultan projek pertanian kepada petani ladang kontrak.

VISI

GM PELADANG sebagai Peneraju, Pengeluar, Pembekal dan Pemasar utama produk berasaskan fertigasi, hidroponik dan organik.

MISI

- Pengeluar rujukan tanaman berasaskan Teknologi Fertigasi Hidroponik - Pusat pembangunan modal insan dalam teknologi tinggi - Menjadi hab rantaian produk fertigasi berkualiti - Perintis teknologi fertigasi dan pasaran komersial

Slogan Syarikat :
INOVASI KUALITI BERBUDI
Falsafah :
Membangunkan teknologi hidroponik fertigasi secara menyeluruh dari peringkat pendidikan sehingga perniagaan yang berterusan.
  • Sijil Skim Ladang Amalan Baik Malaysia (SALM), Jabatan Pertanian Malaysia (No. Siri: 00175)
  • Sijil Akuan Pertauliahan Syarikat dan Institusi (SLDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kod Syarikat: SD 6090)
  • Anugerah Usahawan Berjaya MARA kategori Pertanian 2008
  • Ahli Jawatankuasa Penasihat Kurikulum Program Pengajian Diploma Kementerian Pendidikan Malaysia 
  • Panel dan Pakar Industri (Pakar Negara) Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (SKPK) Bidang Tanaman Jabatan Pembangunan Kemahiran 
  • Penasihat Pengajian Sarjana Muda Sains Teknologi (Sains Tanaman UMT)
  • Panel of Persidangan Ekonomi Malaysia RMK-9 (Teknologi Fertigasi dan Penanaman) 
  • Konsultan Projek Pertanian untuk NPEC, MASMED dan CESMED
  • Panel Silibus Mata Pelajaran Vokasional Sains Tanaman Makanan Kementerian Pendidikan Malaysia
Haji Ghazali bin Muda, Chairman GM Peladang
  • Diploma, Institut Latihan Pertanian, Serdang (1978)
  • Lebih 35 tahun pengalaman perladangan, ternakan, sistem tanaman kejenteraan pertanian, teknologi penghasilan benih dan pemasaran
  • Lembaga Pertubuhan Peladang
Mohamad Syahmi Bin Ghazali, CEO GM Peladang
  • Bachelor of Human Resource Management
  • UUM 5 tahun pengalaman sebagai Senior Human Resource Executive, NAFAS
  • 15 tahun pengalaman perladangan sistem fertigasi dan pemasaran
  • Pakar Industri Bidang Tanaman Makanan MLVK
  • Bendahari Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT)

Zul Ridzuan

Pengurus Operasi

Pengurus Operasi memainkan peranan penting dalam mengelola pasukan operasi, mengenal pasti peluang untuk menambahbaik proses serta mengimplementasikan strategi untuk mencapai matlamat operasi yang ditetapkan syarikat.

Najihah Ismail

Pengurus Latihan

Sebagai Pengurus Latihan, Najihah Ismail memainkan peranan penting dalam membina kecekapan dan kemahiran ahli pasukan melalui sesi latihan yang berstruktur.

Syahril Ghazali

Pengurus Ladang

Sebagai Pengurus Ladang, Syahril Ghazali memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber dan penyelenggaraan ladang.

Nabilah Ismail

Pengurus Kewangan

Sebagai Pengurus Kewangan, Nabilah Ismail memainkan peranan penting dalam perancangan kewangan dan analisis prestasi kewangan syarikat.