PUSAT BERTAULIAH SLDN SKM TAHAP 1-3

GMP AKADEMI

GM PELADANG AKADEMI
GMP SEBAGAI SEBUAH PUSAT LATIHAN BERTAULIAH SLDN BERMULA DARI TAHUN 2004
SLDN merupakan sigkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. 'Dual' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan; Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).

Objektif utama SLDN - melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:

Teknikal
Sosial & Kemanusiaan
Metadologi & Pembelajaran


SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dan GM Peladang telah dilantik oleh JPK sebagai pusat latihan bertauliah SLDN.

Kami menawarkan program latihan Operasi Pengeluaran Tanaman Makanan (A016-001-3:2016) SKM Tahap 1-3 Akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia
Apa manfaat yang bakal diperolehi graduan?
1. Peluang berada dalam projek pertanian di bawah agensi.
2. Peluang Melanjutkan pelajaran Ke tahap 4 untuk Tenaga Pengajar.
3. Mendapat kemahiran usahawan Fertigasi & layak untuk terima geran & pinjaman di bawah agensi kerajaan.
4. Memohon tawaran SPA menjadi Penyelia Tanaman dan Tenaga Pengajar pada tahap IV.
5. Membina pengalaman bekerja & mempelajari pengurusan ladang komersial yang betul.

Setelah habis program latihan, anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tahap yang lebih tinggi dari Institut Pertanian Malaysia atau belajar di agensi kerajaan atau menjadi seorang usahawan tani yang berjaya.